SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata persetujuan tersebut, merupakan hasil daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam dan dokumen tersebut akan diserahkan semula kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), untuk tindakan selanjutnya.
"Kita akan kembalikan laporan itu kepada Nadma untuk mereka memaparkan di laman web atau diagihkan kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
"(Berhubung saranan atau tindakan lanjut) itu akan dibuat pihak berkuasa, sebab laporan itu sangat teknikal dan itu dipaparkan di laman web Nadma untuk perhatian semua pihak, dan mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya.
"Namun, yang jelas ialah ia merupakan laporan teknikal menjelaskan bagaimana berlakunya peristiwa itu," katanya.
Amirudin berkata nama pemilik tapak perkemahan juga terdapat pada laporan tersebut, dengan beberapa kawasan terjejas ialah milik perhutanan dan rizab jalan.
Tragedi 16 Dis 2022, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Amirudin berkata nama pemilik tapak perkemahan juga terdapat pada laporan tersebut, dengan beberapa kawasan terjejas ialah milik perhutanan dan rizab jalan. - Gambar fail
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM
Katanya, hantaran bantuan akan mencabar memandangkan kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon 675-3251506 (waktu pejabat) dan 675-3252076 (selepas waktu pejabat).
Lebih 100 dikhuatiri maut insiden tanah runtuh Papua New Guinea
Tanah runtuh itu dilaporkan melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby pada awal pagi Jumaat.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.